Tuesday, May 25, 2010

tanjung piai, pontian


akhirnya sampai juga CK ke tanah terselatan benua Asia :)
jalan2 makan2 kat tanjung piai, pontian..
tapi sayang tak sampai ke jeti sebab dah malam masa tu..
next time kene datang awal sket bole ketik gambar banyak sket..











ini budak tengah demam.. tu yg melepek jek...
sepanjang jalan muntah.. memang menguji tahap keibuan lar *tetiba* hahahaa..
pakcik halim : sila jangan jeles!

Friday, May 21, 2010

hati kaca :(

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan apabila anda mendapatnya kelak. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama...

dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

*copy dari blog nenet*

1. dulu punch card 5 6 langkah dari meja.. sampai terus punch, balik lg 2 minit bole beratur nak punch. sekarang nak punch, parking kete bukak aircond letak beg, naik bukit masuk pentadbiran baru punch in, balik kemas beg tutup aircond kunci bilik then naik bukit msk pentadbiran baru punch out, keluar bagunan pentadbiran turun bukit amek beg kunci bilik pegi parking.

2. dulu kertas A4 mintak hari ni semalam dah bole dapat. sekarang A4 dah macam barang kawalan harga runcit.

3. dulu kejap2 masuk surau tido, kejap masuk surau betulkan tudung, kejap2 masuk surau belek2 kain (org jual kain tudung bagai dalam surau yu..). sekarang masuk surau buat yg wajib jek.. nak betulkan tudung? nak mekap bagai? alamat pintu surau kene ketuk.. surau share ok!

4. dulu tissue kat toilet takde cepat2 rase cam nak gie marah cleaner. sekarang tissue? cermin? sinki? apekah itew??

5. dulu breakfast kul 8 dah siap.. dah SIAP ok! sekarang dapat minum melo segelas kul 10 pun bersyukur!!!!

6. dulu printer colour. sekarang printer pesen kertas masuk selai selai .. byk2 bubuh kang pengsan printer tu.

7. dulu kakak cleaner tak amek sampah terussss fon syarikat maintenance. sekarang, sapu sendiri, buang sampah sendiri, lap habuk sendiri.

8. dulu semua lawa2, wangi2, comel2, senyum sampai telinga, cakap slow2 sopan2. sekarang, apa lawa? apa wangi? comel? owhhh tidakkkkk? cakap sopan? kene tengking tu dah kira naseb baek dari kene kawad! had ni mmg tak bole terima.. aku ni hati kaca tau tak!



TAPI...



1. dulu basuh baju seminggu sekali. sekarang 2 hari sekali, siap lipat, siap gantung tinggal iron jek sendirik..

2. dulu makan ikut dan.. tak dan biskut kering pun ada. sekarang sotong goreng? asam pedas? pucuk ubi msk lemak? huhuuuuu..

3. dulu kete kotor antar carwash. sekarang petang2 ade orang tolong lapkan..hahaha keji

4. dulu weekend bangun tengahari. sekarang pagi2 dah ajak pi pasar carik roti canai.

5. dulu bujal takde minyak duk umah senyap2. sekarang bujal takde minyak, bole guna cik isa.. wah wah wah..

amacam?

tapi nape lagi banyak tak suka dari suka tu ek? ermmm..

Thursday, May 20, 2010

nature




CK memang tak suka masuk hutan.. kawan2 baik semua tahu perangai aku ni..
*tak padan budak kampung* .. tapi ntah ler..
dok pikir dah masuk hutan kang.... mane nak cari toilet, mane nak carik makanan, nak masak camne? nak tukar baju.. nyamuk, rimau, gajah etc
owh senak pikiran..!
dulu exhousemate ajak pi endau rompin.. owh tak pe korang gie lar.. aku duk kat chalet jek.
tup2 semua pun tak jadi sebab tak cukup korum..
lain lar pantai or pantai dan juga pantai... hahahahaa..

tapi sejak2 ada camera doposen nih..
suka plak amek gambar nature, potrait etc
subhanAllah cantik ciptaan tuhan ni.. aku jek tak tau nak hargai..
dan masih lagi dalam proses pembelajaran..
kami budak baru belajar.. *tunduk hormat kat cpg, kak sawa, achoo*
hehe :)
dan sekarang tengah planning nak naik broga!! yea yea!









nota kaki ku di kampung halaman : net, cukup banyak tak cerita kali ni??

Wednesday, May 19, 2010

cameron highland mei 2010

jalan2 sempena adeq 3 dan sofea cuti sekolah ari tu..
*bluek*


kali ni datang duk kat hill view inn tanah rata..
hotel ngah mahal time tu cos cuti hari pekerja 1 mei..





madu sepotong kecik tu rm5 yer..
abah CK sekali masuk mulut jek..


trademark CH selain strawberry dan cactus

Monday, May 17, 2010

amarah

* hp hang asek kuar "please insert your simcard" sebab kene teh o ais lunch tadi - leka berborak ngan tokey gamat.
* BuJaL bergeser ngan satria putih depan bank petang tadi.. calar dari bonet belakang sampai pintu depan.. nak cepat sangat masuk parking kereta sebesar tu pun tak nampak!


marah!marah!marah!
marah ngan diri sendirik!!

kalau marah orang bole maki..
ni marah diri sendiri makan snickers! bagus!

grrrrrrr!!!

Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie

CK jumpe ni kat FB ..


Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”


sumber : http://feryco.com/cinta-daripada-pandangan-imam-al-syafie





suara ain af8 yang super best!!

Friday, May 14, 2010

SABARiah!

banyak bende nak ditulis
banyak gambar yang nak diupload
banyak gosip yang nak dicerita

mood jek tak ada

sape2 jumpa sila pulang balik kat umah mak oyah depan SMKC..

sekian.