Thursday, March 29, 2012

my story

hari ni.. eh tak dah 2 3 hari dh saya ber-blogwalking ke TTC's blogs circle ..perjalanan kisah mereka untuk mendapatkan baby.. baca kisah mereka serupa dengan mengingati semula kisah saya 6 bulan yang lepas..

saya dikelilingi dengan ipar duai yg beranak pada tahun yg sama.. 3 orang anak buah serentak. duduk dikampung bersama parent yang mengharap. jiran2 yang meriah dengan budak2 dan suami yang berkerja jauh :(

memang ade byk sedara mara,tak sedara pun tumpang sekaki, kawan dan juga bukan kawan yg sibuk bertanya "dah ada isi?'...'merancang ke?'...' dah pegi cek?'... 'dah cuba petua...bla bla bla... owh pedih betul telinga. nasib pak inchik sgt memahami even dia lar pendengar sejati setiap kali hati ni terhiris2 menahan sakit *luv u :)*

usaha dan tawakal setiap hari, apa je orang tua cakap semua ikut, berurut, asid folic, b-complex, minum jamu, letak bantal masa bersama.. tapi pak inchik kan jauh setiap kali jumpa pun belum tentu saya ON.. itu belum kira sebulan tak jumpa sekali jumpa kene tido depan tv owhhh sadis hahahaa :)))

insyaAllah penghujung sabar tu ade manisnya :) even bile ada orang suruh sentuh perut perempuan mengandung pun saya buat, amek berkat katanye ..tp logik ke? dan setiap soalan2 kubur yang datang, perlian sinis dan mimik muka mengejek tu saya anggap sebagai doa je.

alhamdulillah 8 bulan punya usaha berhasil.. insyaAllah saya doakan kawan2 lain yg senasib dengan saya pun akan berhasil juga :)




upt test on 23 nov 2011... tak sabar nak tunggu pak inchik balik, paksa kawan teman ke klinik for comfirmation.. +ve jugak. bagitau pak inchik mase dia tengah keje, respon dia..' ai tak tau nak kate lar yang' huhhh lempang kan! :p

Friday, March 23, 2012

ayam penyet di Batu Pahat?




wahhhhhhhhhhh best nih!
sorang pun sorang lah !

sumber : NST

Thursday, March 22, 2012

kfc krushers




yogurt blueberry blast!
nice~
tak leh amalkan selalu..gula ko naik kang cik kiah!

Wednesday, March 21, 2012

pukul 11 mlm

20min yg lepas..lampu dh tutup, mata pun di bawah sedar dgn leman disisi...baby menendang2 berirama. Sekali on lampu standby henfon kamu senyap pulak eh. Saje bg mummy kamu segar bugar eh..so skang ape kite nk buat ni?? Sabo je lar ~

saya isteri yang sedang belajar menjadi kuat

blogwalking dan terjumpa ini..
kebahagian dalam perpisahan
baca sambil mengelap air mata
melayan hormon yang agak bercelaru akhir2 ni :(





leman sayanggggggg baby! muahhhhh

bertahnik




Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idirs al-Marbawi : 153). Pakar bahasa menyebut maksud amalan tahnik ialah dikunyah akan buah tamar atau seumpamanya lantas digosok tamar tersebut pada lelangit mulut bayi. (al-Nawawi, Sharh sahih Muslim 1/462). Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.


sumber : FB 30 minit Ustaz Don

Monday, March 19, 2012

mia bertudung



comelnye kamu!

Saturday, March 17, 2012

21 minggu

1. baby dah pandai tendang! wahhhh teruja betul mummy die, siap rekod bagai! :)

2. baby pun dah pandai bergerak huhuuu tapi tak kuat sangat lar ..tak kuat pun senak jugak!

3. tidur terlentang memang kegemaran sebab mengiring kiri tak bleh.. ke kanan pun tak selesa ermm

4. mummy ngan daddy dah start beli barang baby...alhamdulillah ade je rezeki tuk anak mummy ni, insyaallah cukup masa lagi nak smpi ke 9 bulan :)

5. skang mummy takleh nak makan sampai kenyang giler...senang2 je makanan tu kuo balik. baby takde ruang nak joget lambak eh? :)

6. eh nama utk baby dah ade tau ...sweet je :)

7. rindu lar kat daddy...bilalah bole tukar kuantan ni :(

Friday, March 16, 2012

nama

nama manja saya cik kiah, nama timang-timangan kiah, comel? boleh lar klasik ape..hahahhaa

tapi nama yang betul ialah linda yang penuh Linda Yani dan 'yani' tu dtg dari idea abah saya merujuk pada ex girlfren dia dulu.. sabo jer lar mak aku kans?

yang pelik nye saya tak suka orang panggil saya 'yani' sebab nama tu macam ayu gile macam fomfuan yang pakai kain batik duk tepi tangga yang terselit bunga melur 2 kuntum kat telinga. huhh tak mao! *sangat lar drama!*

kalau orang panggil saya 'akak' tu semua kawan2 sekolah, kalau 'caah' ...member dari uitm pilah/jengka.

tapi kaluuuuuuuu ada orang yang panggil saya kiah tu saya tau lar among bloggers/fb frens je, kalau kuzen tu dah jarang dah sebab tu nama zaman tengah mengila ber-ym ahaks..

bila dah nak ada anak sendiri ni, kat kepala memang dah set siap2 utk anak lelaki dan perempuan... insyaallah dah keluar nanti saya bagi tau yer.. yang penting both mummy and daddy to be ni suka dengan nama yang dipilih *senyum*









Monday, March 5, 2012

Thursday, March 1, 2012

mengapa piring astro menghadap kiblat

pak inchik baca ni :p

>>>> mengapa piring astro menghadap kiblat


takde sape2 ke nak ajak ngeteh? macam nak minum teh ais kaw! chiowwww!