Thursday, April 12, 2012

petua mudah bersalin

Amalan ketika masuk minggu 28 (7 bulan) :

1. Banyak memohon maaf dari suami. Doa dan keredhaan suami juga petua mudah bersalin. **yang, ai mintak mahap ni..betul ni bukan tipu! :)
2. Start minum air kelapa bulan ketujuh. Biasanya dia minum air lebihan minuman suami.
3. Amalkan makan buah kurma, untuk tenaga.
4. Rajin belai janggut suami. **somi takde janggut camne :)))
5. Sapu minyak kelapa di area perinium, dan minum sesudu sehari minyak tu (amalkan 3 kali seminggu bagi bulan ketujuh hamil, tapi setiap hari bila dah masuk bulan ke 9) ** perinium??
6. Amalkan makan sayur bendi. Baby mudah keluar.
7. Amalkan bacaan surah maryam dan Yassin - kalau rajin, hari-hari la buat.
8. Minum susu kambing + kurma.. nak elak baby kena jaundis..

Senaman :

1. Berjalan kaki 30 minit sehari. Buat la lebih. Kalau suka, naik turun tangga.. jangan guna lif.
** hari2 pun naik turun tangga
2. Senaman kegel.. kemut otot sekeliling vagina - ini menguatkan otot ( kemut dalam kiraan 1 hingga 4 then lepas.. buat di mana-mana saja.. orang bukan tau...)
3. Pelvic tilt or angry cat - merangkak, pastu tahan nafas dengan ketatkan otot perut, sambil lengkungkan belakang badan. ulang beberapa kali.
4. Squat - mencangkung lepas tu berdiri. Teknik berulang kali. buat latihan perlahan-lahan, kalau tak mampu, kena ada kerusi atau dinding tempat memegang sebelum berdiri. **akan diusahakan huhuuu


Dah masuk minggu 38 (dikira bila-bila masa bersalin)

1. Kerap lagi berjalan.
2. Selalu 'bersama' dengan suami. Air mani merupakan induce cara semulajadi paling mujarab. ** somi jauh sob sob sob :D
3. Selalu makan telur separuh masak
4. Makan ketam masak lemak.. yang ni petua orang.. tak tau apa kaitannya ketam dengan mudah bersalin. **owh best!
5. Tasbih Nabi Yunus ketika dalam perut ikan..
6. Surah Al - Insyiqaq (ayat 1-4)
7. Surah Abasa (ayat 20)
8. Surah An-Nahl (ayat 78)
9. Baca Doa = " Robbi Yassir Wa La Tuassir Robbi Tammim Bilqoir"
10 Baca Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Mussowir.
11. Kerap buat squatting dan senaman duduk bersila atas lantai dengan tapak kaki bertemu.

Ketika saat menahan sakit kontraksi:

1. Tarik nafas dengan hidung ketika kontraksi melanda, lepas dengan mulut cepat-cepat (huf..huf..)
2. Minum milo + telur mentah (sambil selawat, al-Fatihah, doa nabi Yunus)
3. Kalau masih mampu, mandi, minum air hujung basuhan rambut. ** ek??
4. Jalan dah bukak 4cm atau lebih kurang minum air selusuh yang suami buatkan.
5. Teran cuma bila dah bukak 10cm, jangan angkat punggung, kontraksi kuat je, teran dengan kiraan 1 hingga 10... kalau nafas panjang, sampai habis kiraan yang mampu...

sumber : notes of my journey

6 comments:

Irfa said...

dr blog net

bagus petua ini di share bersama
w,pun skrg belum ada niat nak tambah baby..hehe

-w@xest- said...

maap, kunun.... maap dlm bloq xreal, depan2 lar klu brani :))

makcik rokiah said...

irfa : dr blog net ke? sy copy dr notes of my journey :)

laling : malu ;)

Adeq said...

Byk term yg aku x paham la. pelik sekali bunyinye.

-w@xest- said...

malu tu xleh pkai dah:p

ameerah zulfa said...

SALAM..

info yg sgt berguna..mohon share ke blog saya
My LuRve Iman